BETONG, 26 September 2026 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Spaoh, Betong.
Bernilai RM16.06 juta, kemudahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SCORE Food Basket Sarikei–Bintangor–Betong, yang bertujuan memperkukuh rantaian nilai agromakanan di Sarawak.
Dengan kemudahan pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan rantaian sejuk, CPPC Spaoh bakal membantu meningkatkan kualiti hasil pertanian, memperluas akses pasaran serta membuka lebih banyak peluang kepada petani dan usahawan agro.
Turut berlangsung ialah pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara RECODA dan Thien Yen Enterprise Sdn. Bhd.
Sejurus selepas itu, Premier meninjau tapak projek berimpak tinggi di STOLport Bebulling, Betong, sebagai sebahagian bagi mengakhiri lawatan kerja beliau ke Bahagian Betong hari ini.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau meneliti perkembangan pelaksanaan projek yang menjadi antara inisiatif strategik dalam memperkukuh jaringan perhubungan serta menyokong pembangunan kawasan berkenaan.
Tinjauan itu turut mencerminkan penekanan Kerajaan Sarawak terhadap pemantauan berterusan projek-projek pembangunan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta memberi manfaat kepada rakyat.
Lawatan ke STOLport Bebulling melengkapkan siri program beliau di Bahagian Betong yang menzahirkan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan negeri terus dipacu melalui pendekatan turun padang, pemantauan projek dan penglibatan langsung bersama masyarakat.